|
Nama : Aishah Binti Mohd Noor Umur : 50 Tahun Ahli : 9/03/2017 |
Latar belakang
Pn Aishah telah berkecimpung dengan perniagaan beliau ini hampir sekitar 10 tahun. Bermula daripada minat dan akhirnya beliau telah mencuba sendiri untuk menjadikan minat sebagai hobi dan sumber pendapatan. Beliau banyak mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pelbagai agensi untuk meningkatkan lagi kemahiran beliau dalam pembuatan kek. Beliau juga banyak berkenalan dengan rakan-rakan lain yang sama minat dan bidang dengan beliau bagi berkongsi resipi-resipi pembuatan kek. Pada masa yang sama beliau juga turut mengisi masa lapang dengan menyiapkan Roti dan Biskut beraneka sebagai tumpuan kepada pelanggan yang datang berkunjung ke premis perniagaan beliau. Beliau pernah jatuh dan bangun semula sepanjang tempoh usia perniagaan beliau walaupon beliau merasakan bahawa persaingan semakin kuat di luar sana kerana pembuatan kek di kampung gajah kini semakin berkembang dan bersaing. Beliau kini fokus untuk mengambil tempahan bagi kek majlis dan biskut-biskut raya sama seperti ahli perniagaan kek yang lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, beliau tidak didedahkan kepada kemudahan yang PI Kg Gajah mampu salurkan. Beliau juga kurang cekap dalam sektor pemasaran yang mana perniagaan beliau dihebahkan melalui saluran rakan-rakan dan pelanggan setia beliau sendiri. Beliau juga kurang memanfaatkan internet sebagai dorongan beliau untuk mendapatkan lebih ilham dan ilmu pengetahuan bagi membuat resipi-resipi baharu dan rekaan kek yang lebih efisen. Beliau juga kurang pendedahan tentang kebarangkalian risiko yang beliau tanggung menerusi pemasaran atas talian kerana tidak didedahkan etika penggunaan internet yang betul. Pendapatan beliau pada dahulu pernah mencecah angka RM2000 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui cadangan dan bimbingan dari petugas PI Kg Gajah, beliau kini sudah kerap menggunakan media sosial sebagai platform untuk membuat pemasaran terhadap produk beliau. Beliau juga didedahkan dengan teknik pemasaran melalui kaedah pembikinan iklan video pendek. Beliau juga didedahkan dengan asas pemasaran produk beliau melalui aplikasi dashboard komuniti. Beliau juga merancang untuk mempelajari asas dalam mencipta laman web seperti blog pada masa akan datang. Beliau juga didedahkan tentang kaedah FB Ads yang mana mampu meningkatkan lagi pemasaran beliau dimasa akan datang. Selain itu dengan penggunaan instagram juga mampu meningkatkan lagi pengetahuan masyarakat akan kewujudan perniagaan beliau. Pendapatan beliau kini sudah mencapai angka RM5000 sebulan.
________________________________________________________________________________________________________