Pusat Internet 1Malaysia Kg Gajah
Pusat Internet 1Malaysia mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Internet 1Malaysia merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.
Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda dan 110 pusat untuk Fasa 4 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Pusat Internet 1Malaysia Kg.Gajah adalah Fasa 4 dimana Pusat Internet ini telah beroperasi di kawasan bangunan bengkel masakan dibawah Infra dengan nama Pusat Internet 1Malaysia Kg.Gajah. Setelah mengambil kira keadaan sekitar Pusat Internet 1Malaysia Kg.Gajah yang luas dan sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti serta bersebelahan dengan Dewan Orang Ramai Kg.Bandar Lama maka tertubuh bangunan Pusat Internet I Malaysia (PI1M) Kg.Gajah Perak yang mula beroperasi pada bulan Disember 2013 sehingga hari ini.Harapan agar komuniti di sekitar Kg.Gajah dapat menafaatkan kemudahkan (PI1M) yang sedia ada agar kita dapat seiring dengan arus teknologi di hujung jari di samping meperluaskan pengetahuan mengenai teknologi maklumat.
