HEBAHAN PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2025 @ NADI
Adalah dimaklumkan bahawa satu program bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 7 September 2025 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: NADI Kampung Gajah (Sebelah Jambatan)
Antara pengisian menarik yang akan dijalankan sepanjang program ini termasuklah:
- Pertandingan Mewarna Merdeka (Kanak-kanak bawah 12 tahun)
- Pertandingan MAHIR Masak
- Saringan Kesihatan dan Tayangan Khas Kemerdekaan
- Pertandingan E-Sukan (Mobile Legends)
