mcmc
Maklumat Komuniti

PERTANDINGAN MENCIPTA E-POSTER NADI 2025

Hebahan Pertandingan Mencipta E-Poster NADI

Sukacita dimaklumkan bahawa NADI menganjurkan Pertandingan Mencipta E-Poster NADI 2025 bermula dari 1 November hingga 30 November 2025. Pertandingan ini bertujuan menggalakkan kreativiti serta kesedaran digital dalam kalangan ahli NADI.

Tema pertandingan adalah seperti berikut:

  • Kategori 7–12 tahun: Buli Siber
  • Kategori 13 tahun ke atas: Penipuan Cinta

Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli NADI di negeri Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Perak.
Peserta dikehendaki menggunakan platform digital seperti Canva, Adobe Illustrator, atau PowerPoint bagi menghasilkan e-poster yang kreatif dan bermakna.

Syarat penyertaan utama:

  • Tiada unsur keganasan, agama, bangsa dan institusi raja.
  • Tiada unsur plagiat (peniruan) atau penjanaan daripada AI.

Hadiah menarik menanti pemenang dengan jumlah keseluruhan sehingga RM5,000.00, dan sijil penyertaan digital akan diberikan kepada semua peserta.

Untuk menyertai pertandingan, peserta boleh mengimbas kod QR yang disediakan dalam poster mengikut kategori masing-masing.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:
📞 Encik Harith (016-269 8542)
📞 Puan Atiqah (016-252 7851)