Utama
– PINJAMAN TABLET LENOVO UNTUK AHLI NADI KG GAJAH –
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Gajah telah menyediakan Tablet berjenama Lenovo untuk dipinjamkan di dalam NADI sahaja kepada semua ahli berdaftar.
Tempoh pinjaman pinjaman dalaman bermula dari 9 pagi hingga 6 petang.
Syarat adalah seperti berikut ;
– Urusan pinjaman / pulangan tidak boleh diwakili oleh pihak lain.
– Tab hanya boleh dipinjam oleh ahli NADI Kg Gajah sahaja.
– 1 Unit untuk seorang pendaftar sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat boleh berkunjung ke NADI Kg Gajah. Kemudahan ini disediakan untuk memudahkan pelajar / penduduk kg di sekitar untuk membuat tugasan menggunakan tab atau melayari internet dengan tujuan berfaedah.
Sila hebahkan kemudahan pinjaman Tab ini kepada semua warga yang lebih memerlukan dan menghargai kemudahan ini.
Pendaftaran untuk menjadi Ahli NADI hanya serendah RM5.00 untuk seumur hidup dan miliki lebih banyak kelebihan yang akan diperolehi pada masa akan datang
Terima Kasih.
#JomKeNADIKgGajah#
PERKONGSIAN KESIHATAN
Tips keselamatan makan di kedai makan. 1. Lihat pengendali makanan, adakah mereka memegang makanan tanpa guna sudu atau penyepit, padahal sebelum itu sedang memegang rokok? Elakkan ke kedai demikian! 2. […]
NASI BAJET KG.GAJAH PERAK
Bermula esok..Kami akan menjual nasi bajet berdekatan shell kg gajah(esok sy update Tmpt )harga Sgt berbaloi…menu pom sedap2Disarankan utk booking dluUtk tempahan WhatsApp no yg tertera dibawah#mehsupportbizkecikkami#nasibajetanakdara
PROGRAM KDB(KLIK DENGAN BIJAK)
Program Klik Dengan Bijak bersama dengan pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela Kg.Gajah
Soalan Lazim
1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Internet (PI) di bawah Bajet 2013? J: Pusat Internet (PI) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan […]
Tiptoplicious Kampong Gajah Perak
Hujan Lagi! Maka, perut pun ber huhuhuhu Hari2 layan laksa pun tak jemu iol
TIPS PENJAGAAN MATA
Assalammualaikum & Salam Jumaat. Sedikit Info mengenai penjagaan mata dari Prof Dr Muhaya.(Boleh rujuk Fb Prof Dr Muhaya & share tips) Jika mata anda gatal atau mengalami kemerahan jangan sekali […]
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Belajarlah dari masa lalu dan hiduplah untuk masa depan, jika masa lalu penuh dengan kesalahan maka perbaikilah dengan memaafkan sebelum ada yang meminta. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.
Keahlian Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Gajah Perak
Sehingga ke hari ini, seramai 578 orang pengguna telah mendaftar sebagai Ahli Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Gajah bermula dari Disember 2013. Kesemua ahli ini telah diberi banyak keistimewaan seperti penggunaan internet […]


