mcmc
Maklumat Setempat

Nasihatkan kepada mereka, Jangan Pulang Lagi.

60 ribu pelajar IPTA/IPTS dan ribuan pelajar luar negara sedang berada di kampus masing-masing ketika ini. Mereka ingin pulang ke kampung halaman.

 

Ini antara sebab mengapa mereka tidak patut pulang ketika ini
 Risiko tinggi pada orang tua kita.
 Pengorbanan selama 6 minggu seluruh rakyat Malaysia akan sia-sia.
 Wabak akan lebih sukar dikawal dan melumpuhkan sistem kesihatan negara
 Untuk kuarantin semua pelajar pulang dari luar negara memerlukan kos yang sangat tinggi

Kepada Mahasiswa/siswi di kampus, kami doakan agar anda tabah menghadapi dugaan. Teruskan berkorban untuk negara. Kerana kita semua sedang berkorban untuk kebaikan masa hadapan anda juga.