| Tarikh | 13 Julai 2025 |
| Masa | 10.00 am – 1.00 pm |
| Golongan | Komuniti Madani |
| Lokasi | NADI Kampung Gajah |
– OBJEKTIF –
Memberi pendedahan asas tentang penyuntingan video menggunakan aplikasi CapCut secara mudah dan percuma.
Meningkatkan kemahiran digital peserta untuk menghasilkan kandungan video kreatif, menarik dan sesuai untuk media sosial.
Menggalakkan komuniti memanfaatkan teknologi untuk tujuan promosi, pembelajaran atau perkongsian maklumat.
– AKTIVITI –
Pengenalan antaramuka aplikasi CapCut dan fungsinya.
Demonstrasi cara asas sunting video: potong, tambah muzik, teks dan transisi.
Aktiviti praktikal: peserta hasilkan video pendek menggunakan telefon masing-masing.