| Tarikh | 22 Januari 2025 |
| Masa | 10.00 am – 12.00 pm |
| Golongan | Komuniti |
| Lokasi | NADI Kampung Gajah |
– OBJEKTIF –
Mengeratkan hubungan antara wakil komuniti MADANI dan warga NADI.
Memberi pendedahan kepada pihak komuniti mengenai peranan dan fungsi NADI dalam pembangunan masyarakat.
Meningkatkan kefahaman wakil komuniti terhadap program digital, keusahawanan dan literasi yang dijalankan di NADI.
Menggalakkan pengguna mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah.
– AKTIVITI –
Ucapan alu-aluan petugas NADI serta taklimat ringkas mengenai peranan, aktiviti dan kejayaan NADI setempat.
Mendaftar sebagai ahli NADI Kg Gajah secara percuma.
Wakil komuniti dibawa meninjau kemudahan NADI seperti ruang ICT, sudut komuniti, dan ruang pembelajaran. Penerangan tentang penggunaan fasiliti oleh komuniti.
Memberi kelebihan kepada pengguna untuk lebih bersemangat dalam mengikuti pelbagai latihan komputer di masa akan datang.