| Tarikh | 21 Februari 2025 |
| Masa | 3.00 pm – 5.00 pm |
| Golongan | Warga Emas |
| Lokasi | NADI Kampung Gajah |
– OBJEKTIF –
Membantu warga emas mengasah semula kemahiran asas pengiraan dalam kehidupan seharian.
Meningkatkan keyakinan diri warga emas dalam melakukan kiraan asas tanpa bergantung sepenuhnya kepada kalkulator atau orang lain.
Memberi pendedahan mengenai kaedah mudah dan pantas untuk melakukan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Menggalakkan pengguna mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah.
– AKTIVITI –
Pengiraan mudah menggunakan contoh kehidupan sebenar seperti jumlah duit belanja harian dan baki wang selepas pembelian.
Aktiviti interaktif menggunakan kad nombor atau permainan kira-kira.
Memberi kelebihan kepada pengguna untuk lebih bersemangat dalam mengikuti pelbagai latihan komputer di masa akan datang.