| Tarikh | 20 April 2025 |
| Masa | 10.00 am – 12.00 pm |
| Golongan | Pelajar Sekolah Rendah |
| Lokasi | NADI Kampung Gajah |
– OBJEKTIF –
Memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah tentang asas pengaturcaraan menggunakan peranti Micro:bit.
Menggalakkan minat terhadap STEM dan teknologi secara kreatif serta menyeronokkan.
Meningkatkan pemahaman konsep logik, input-output dan pengekodan visual melalui aktiviti hands-on secara maya.
Menggalakkan pengguna mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah.
– AKTIVITI –
Penerangan asas fungsi dan rupa Micro:bit secara visual (gunakan slaid/animasi).
Peserta ikuti langkah demi langkah membina kod mudah seperti “papar nama” atau “ikon hati” menggunakan MakeCode editor.
Peserta cuba sendiri kod dalam simulator MakeCode yang boleh digunakan tanpa peranti fizikal.