mcmc
Maklumat Setempat

Kluster Bali iaitu kes ke-4684 mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia.

✔️ Kes indeks bagi kluster Bali iaitu kes ke-4684 mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia.

✔️ Kes indeks kemudiannya menjangkiti abangnya yang dimasukkan ke wad berikutan jangkitan pernafasan teruk di pusat perubatan berkenaan pada 19 Mac 2020.

✔️ Sehingga kini, kluster jangkitan ini telah menyebabkan 43 kes lain positif

✔️ Sepuluh daripada 43 kes positif COVID-19 adalah membabitkan anggota kesihatan

✔️ 30 pesakit sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan seorang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

✔️ Sembilan orang sudah sembuh dan tiga orang meninggal dunia

⚠️ Pastikan semua anggota kesihatan menggunakan alat penutup mulut dan hidung (face mask) terutamanya semasa mengendalikan kes-kes Influenza Like Illness (ILI) / Severe Acute Respiratory Infection (SARI).