|
Nama : Noor Faezah Binti Ahmad Nawawi Umur : 35 Tahun Ahli : 19/03/2018 |
Latar belakang
Pn Faezah adalah merupakan usahawan yang telah mengusahakan perniagaan sejak tahun 2011. Sepanjang tempoh usia perniagaan, beliau menawarkan perkhidmatan sewaan baju pengantin, pelamin, andaman dan buaian berandoi. Perusahaan beliau terkenal dengan nama DVAZZ STUDIO. Bermulakan dengan modal sekitar RM30 hingga RM40 ribu beliau berjaya mengusahakan perniagaan beliau sehingga dikenali seluruh masyarakat setempat. Beliau mahir dalam bidang yang beliau ceburi hingga menyebabkan keinginan untuk meneruskan perniagaan ini dengan menawarkan kos yang murah dan mampu kepada pelanggan-pelanggannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sebelum ini tidak pernah mengetahui PI Kg Gajah sehinggalah diberi pendedahkan oleh petugas PI Kg Gajah sendiri akan kepelbagaian fungsi Pusat Internet kepada masyarakat. Beliau tidak mengembangkan dan mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada masyarat tambahan tidak menyedari akan adanya platform lain yang membolehkan perniagaan beliau lebih dikenali masyarakat. Semenjak mula menceburkan diri dengan perniagaan ini beliau melaksanakan kecil-kecilan bersama keluarga dan memperkenalkan perniagaan kepada jiran-jiran tetangga sahaja. Pendapatan beliau pada ketika itu dianggarkan mampu mencecah kepada RM1600 bergantung kepada permintaan pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui cadangan dan bimbingan dari Pusat Internet Malaysia Kg Gajah, beliau didedahkan kaedah pemasaran yang baik menerusi Whatsapp dan telegram kerana kecenderungan beliau dalam berkongsi maklumat menerusi group daripada dua aplikasi terbabit. Beliau juga menggunakan turut menggunakan teknik pemasaran melalui kaedah Facebook dan juga instagram. Selain daripada itu juga beliau turut didedahkan dengan platform lain untuk meningkatkan lagi perniagaan beliau seperti penggunaan video. Pendapatan beliau kini mampu meningkat kepada RM2000 hingga RM4000 sebulan bergantung kepada permintaan terutama pada musim perkahwinan.
__________________________________________________________________________________________________