Seperti dimaklumkan oleh KKM sebelum ini, perhimpunan besar- besaran sememangnya memberi impak secara mendadak dalam peningkatan kes-kes COVID-19 di Malaysia.
Hasil siasatan terhadap beberapa kes dan kluster COVID-19, KKM ingin memaklumkan mengenai dua (2) kluster COVID-19 yang didapati berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran.
Susulan itu tindakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 adalah bertepatan sekali, bagi memutuskan rangkaian penularan virus COVID-19 di kalangan masyarakat.
Walaubagaimanapun setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan Malaysia dalam memastikan usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 ini berjaya.
