mcmc
Laporan Aktiviti

CYBERSECURITY VIDEO KHAS (BAHAYA APLIKASI PALSU)

Tarikh 17 Mac 2026
Masa 3.00 pm – 3.30 pm
Golongan Terbuka
Lokasi NADI Kampung Gajah

-OBJEKTIF-

Meningkatkan kesedaran peserta tentang risiko penggunaan aplikasi palsu. Memberi pendedahan mengenai ancaman seperti malware, kecurian data dan penipuan digital. Membantu peserta mengenal pasti ciri-ciri aplikasi yang tidak selamat. Menggalakkan amalan memuat turun aplikasi daripada sumber yang sah dan dipercayai. Mendidik peserta tentang kepentingan melindungi maklumat peribadi dalam peranti digital.

-AKTIVITI-

Tayangan video khas berkaitan bahaya aplikasi palsu. Penerangan mengenai jenis ancaman yang boleh berlaku melalui aplikasi tidak rasmi. Perkongsian tanda-tanda aplikasi palsu seperti permintaan akses yang mencurigakan. Perbincangan kes sebenar berkaitan penipuan melalui aplikasi. Sesi soal jawab dan interaksi bersama peserta. Rumusan dan penutup dengan penekanan kepada amalan keselamatan digital.

Gambar Disini