mcmc
Maklumat Setempat

CUTI UMUM SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ADALAH PADA 8 JUN 2020 (ISNIN)

 
8 Jun 2020 (Isnin) adalah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di bawah seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan Pengisytiharan ini telah diwartakan pada 18 Mac 2020.
Hari Kelepasan Am ini adalah termaktub sebagai Hari Cuti Umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerta 1955 [Akta 265].
Hari Kelepasan Am ini tidak boleh digantikan oleh tarikh lain dan pekerja yang diarahkan bekerja pada tarikh ini hendaklah dibayar gaji pada kadar bayaran bagi Hari Kelepasan Am selaras dengan peruntukan Akta 265.