mcmc
Maklumat Setempat

BETUL KE PESAKIT COVID-19 TIADA GEJALA ITU TIDAK BAHAYA?

PESAKIT dijangkiti Covid-19 yang sudah menerima rawatan dalam tempoh 14 hari akan dibenarkan pulang walaupun masih dikesan positif virus berkenaan.
“Protokol baharu ini akan dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam rawatan Covid-19 di negara ini. Kebolehanjangkitan itu masih ada tetapi mengikut laporan WHO, kalau mereka sudah melepasi tempoh 14 hari, kebolehjangkitan adalah sifar,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Protokol baharu itu selaras dapatan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta kajian Korea Selatan dan Taiwan mendapati kebolehjangkitan Covid-19 hampir sifar selepas 14 hari pesakit menerima rawatan.
Dan ini tak perlu dah kot pakai gelang or tag kat tangan.. kesian mereka, ex pesakit Covid-19 harus kita terima sebagai seorang yang sihat dan biasa.. sama seperti ex pesakit influenza, ex pesakit dengue.. bila kita discharged to home, inshaAllah mereka sudah sihat dan tidak menjangkiti.
Kalau doktor tahu mereka ini bahaya, buat apa kami nak discharge?
 
Benarkah pesakit COVID-19 yang tidak menunjukkan sebarang gejala tidak akan menjangkiti orang lain?
Jawapan: Tidak benar. Pesakit #COVID19 yang tidak bergejala masih boleh menjangkiti orang lain. Kira-kira tiga hari sebelum pesakit itu mendapat gejala (seperti batuk, demam, sakit tekak, sesak nafas) mereka boleh menjangkiti orang lain kerana ketika itu viral load sangat tinggi.
Pesakit #COVID19 yang tidak bergejala yang berterusan selepas 14 hari, mereka tidak akan menjangkiti orang lain kerana viral load sangat rendah.