| Tarikh | 17 Jun 2025 |
| Masa | 9.00 am – 10.00 am |
| Golongan | Pelajar Sekolah Menengah |
| Lokasi | SMK Dato Abdul Rahman Ya’akub |
– OBJEKTIF –
Meningkatkan kesedaran pelajar tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika.
Memberi pendedahan kepada risiko seperti buli siber, scam, penyebaran maklumat palsu dan ketagihan gajet.
Mendidik pelajar untuk menjaga privasi, kata laluan dan identiti digital.
Menggalakkan pelajar menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab dan bijak.
– AKTIVITI –
Ceramah keselamatan siber oleh wakil NADI atau agensi berkaitan.
Tayangan video pendek berkaitan kes-kes sebenar jenayah siber dan buli digital.
Kuiz interaktif / permainan pendidikan berkaitan internet selamat.