PENGENALAN (NADI)
Assalamualaikum dan Selamat Datang,
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Gajah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal rasmi komuniti kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd (MSD) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar dan juga di kawasan Bandar.
PERANAN (NADI)
Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk:
1. Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar
2. Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital
3. Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar
4. Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing
Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Setiap NADI menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
1. Latihan ICT
2. Latihan keusahawanan
3. Latihan multimedia
4. E-pembelajaran
5. Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro
6. Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan
Transformasi digital menjadi agenda utama di NADI supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital
AWAL PENUBUHAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL KAMPUNG GAJAH
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Gajah, Perak merupakan salah sebuah (NADI) di negeri Perak yang ditubuhkan di bawah satu fasa pada tahun 2013 bersama-sama dengan beberapa buah (NADI) lain seperti NADI Kampung Selabak, NADI Kemunting dan juga NADI Pulau Pangkor.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Gajah, telah dibuka pada 10 Oktober 2013 dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan November 2013. Tujuan penubuhannya adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat disamping mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Dari segi penggunaan komputer, latihan dan pelbagai perkhidmatan lain adalah untuk penduduk tempatan dan penduduk sekitar dengan mensasarkan Pelajar pelbagai peringkat umur, Belia, Warga Emas, Wanita (Surirumah), OKU, IKS, Petani, Nelayan dan lain-lain
Selain itu dari sudut langkah keselamatan, NADI Kampung Gajah telah dilengkapi dengan Kamera litar Tertutup (CCTV) bersama sistem Alarm bagi mengawasi persekitaran diluar dan didalam NADI daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Manakala dari segi sudut pengurusan dan penyeliaan operasi NADI, seorang Pengurus dan Penolong Pengurus telah dilantik bagi menjalankan operasi NADI dan bertanggungjawab dengan tugasan dan segala aktiviti yang terdapat di NADI.
OBJEKTIF NADI KG GAJAH
Objektif kami adalah merangkumi seperti berikut ;
– Menjadikan medan ICT sebagai medium untuk merapatkan jurang digital.
– Menambah pengetahuan dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat.
– Mewujudkan sistem latihan berterusan untuk melahirkan masyarakat yang mahir, berilmu dan berdaya saing
– Mewujudkan sistem latihan yang dinamik dan berkualiti.
PERKHIDMATAN NADI KG GAJAH
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Gajah, menawarkan latihan atau program secara PERCUMA kepada semua golongan yang telah menjadi ahli. Antaranya adalah seperti berikut ;
Program Pupuk
– Modul Perniagaan (Shopee)
– Modul Perniagaan (Facebook Marketplace)
– Modul Perniagaan (Tik Tok)
– Modul Perniagaan (Instagram)
Soft Skills
– Kelas Online Grooming
– Kelas Resume
– Kelas Kemahiran Temuduga
– Pengurusan Asas Kewangan IKS
– Pengurusan Asas Sumber Manusia IKS
Advokasi
– Klik Dengan Bijak (KDB)
– Malaysia ICT Volunteer (MIV)
– Mobile e-Waste (KITAR)
– Anti Rasuah Malaysian Corruption Watch (MCW)
STEM / IoT
– Asas IoT
– Robotic
FASILITI NADI KG GAJAH
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Gajah, menyediakan pelbagai kemudahan. Antaranya adalah seperti berikut ;
Kelajuan Internet
– 100 Mbps
Jumlah Komputer
– 20 Unit
Jumlah WIFI Outdoor
– 1 WIFI Komuniti (WK)
Peralatan-Peralatan Lain
– Pencetak Warna
– Mesin Fotokopi
– TV LED 32 Inci
– Pengimbas
– Projector dan Pemapar Putih
– Amplifier dan 2 Speaker (Sound System)
– 20 Buah Meja Komputer dan 10 Buah Meja Biasa
– 30 Buah Kerusi Pengguna
– Penghawa Dingin
– 1 Unit Sofa
– 3 Buah Kipas Berdiri
– 2 Unit Sistem Pemandam Api
WAKTU OPERASI
|
NADI dibuka setiap hari kecuali cuti umum |
||
|
Waktu Operasi |
9:00 AM Hingga 1:00 PM |
Beroperasi |
|
1:00 PM Hingga 2:00 PM |
Rehat |
|
|
2:00 PM Hingga 6:00 PM |
Beroperasi |
|
LOGO RASMI NADI SELURUH NEGARA

LOGO TIDAK RASMI NADI KAMPUNG GAJAH
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Gajah, juga mempunyai logo tersendiri bagi meyakini kewujudan kami pada komuniti setempat ;
Logo ini telah digunapakai di semua saluran media sosial kami.

PETUGAS NADI KAMPUNG GAJAH


LAMAN MEDIA SOSIAL NADI KG GAJAH
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Gajah, menyediakan beberapa media sosial bagi tujuan meramaikan pengikut untuk mendapatkan info dari kami. Antaranya adalah ;
– Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Gajah (Page)


Twitter / X

Youtube Channel

Telegram Channel

