Dalam kesibukan kita menanggani wabak COVID-19, denggi dan chikungunya jangan sekali kita lupakan. Kealpaan kita dalam menanggani nyamuk Aedes ini boleh mengundang penyakit seperti demam denggi atau demam chikungunya!
Tetapi anda tidak perlu risau kerana denggi dan chikungunya boleh dicegah sama seperti COVID-19. Apa yang perlu anda lakukan adalah meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk melakukan aktiviti ‘Cari & Musnah’ kawasan atau tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar rumah anda! 10 minit ini jugalah yang akan menentukan samada anda selamat dari jangkitan demam denggi atau demam chikungunya!
Ayuh, bersama-sama kita hapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes! Tiada Aedes, Tiada Denggi, Tiada Chikungunya!
