mcmc
Maklumat Setempat

1 Jun 2020, 11.00 Pagi

 
PEMAKLUMAN BERITA PALSU
Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.
1. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, menafikan dakwaan bahawa wabak COVID-19 telah tersebar di Pekan Juasseh melalui seorang individu positif COVID-19 yang telah berkunjung ke merata tempat di pekan tersebut.
2. Pengetua Pondok Tahfiz As Sharif Seri Jaya, Batu Gajah, Perak menafikan dakwaan bahawa seorang pelajar tahfiznya telah dijangkiti dan disahkan positif COVID-19 semasa berada di pusat tahfiz tersebut.